pahangdaily pahangdaily Author
Title: MAPIM Bersama 28 NGO Sedia Menghantar Misi Flotilla Bantu Rohingya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan ...

KUANTAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa sedia menghantar misi Flotilla atau bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar yang sedang ditindas.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid (foto) berkata, misi Flotilla ke Myanmar bersama NGO dari 20 negara itu dijangka belayar pada 10 Januari tahun depan dan disertai kira-kira 50 sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.

“Kini MAPIM sedang berusaha mengumpul dana bagi tujuan murni ini, dianggarkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tujuan menyewa kapal dan membeli barang-barang makanan dan keperluan lain.


Azmi berkata demikian ketika melancarkan "Soladiriti For Rohingya" peringkat Negeri Pahang di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM) dekat sini petang tadi. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Abd Bashir Abd Ghani, Haluan Pahang.

"Dianggarkan kami memerlukan tiga kapal yang penuh dengan makanan dan barangan keperluan bagi tujuan ini,” katanya dihadapan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pahang yang terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam (ABIM), Malaysia Relief Agency (MRA), Wadah Kecerdasan Umat (WADAH), Ikatan Muslimin  Malaysia (ISMA), Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), Briged Bakti Malaysia (Pahang), Yayasan Amal Pahang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM). #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment




 
Top