Maria Chin Dakwa Beliau Dan Keluarganya Terima Ugutan Bunuh


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa beliau dan keluarganya menerima sampul surat yang mengandungi mesej ugutan bunuh dan sebutir peluru hidup .45.
"Saya menemukan surat tersebut pada pagi ini (Selasa). Saya mungkin menerimanya pada 17 November lalu tetapi saya tidak perasan surat ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Beliau berkata, anak lelakinya mungkin membawa surat itu ke dalam rumah pada 17 November lalu tanpa pengetahuannya sebelum perhimpunan Bersih 5.0 diadakan.
Namun beliau hanya menyedari surat itu di atas mejanya pada awal pagi Selasa.
Dalam surat itu tertulis nota berbahasa Inggeris, "AMARAN AKHIR JIKA TIDAK MARINA DAN KELUARGA MATI.".
Maria menjelaskan namanya tidak dieja dengan betul dan sempat bergurau bahawa si pelaku mungkin tersalah rumah.
Apabila ditanya tentang perasaannya membaca surat itu dan menerima peluru hidup, Maria berkata, dia berasa jengkel.
"Tindakan ini wajar dikecam sepenuhnya. Individu yang melakukan perkara ini perlu dipenjarakan," katanya sambil menambah akan membuat laporan polis. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]