pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Pro BN Minta SPRM Siasat Rumah 'Disneyland' Milik Adam Rosly
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cab...

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly  yang memiliki kekayaan luar biasa dan mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit. 

Pengerusi Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (NGO Pro BN) Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan itu di Pejabat SPRM Sabah pada Rabu berkata mereka mahu SPRM menyiasat sama ada Adam memiliki syarikat perniagaan yang membolehkan pemimpin pembangkang itu boleh membeli rumah ala taman tema Disneyland itu. 

"Sekiranya benar Adam seorang ahli perniagaan, kami ingin tahu apakah perniagaan Adam telah melalui pengetahuan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sebaliknya, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. 

Beliau juga mencadangkan agar SPRM menubuhkan sebuah pasukan tindakan khas bagi menyiasat dakwaan ini memandangkan kami agak khuatir Selangor, yang ditadbir PKR, adalah sebuah negeri yang mempunyai rizab kewangan yang banyak sejak ditadbir kerajaan BN lagi. 

"Bagi saya, tidak logik seorang yang berumur 28 tahun mampu meraih pendapatan jutaan ringgit dan memiliki dua rumah pada masa sama," katanya. 

Zulkarnain, yang juga Pengerusi Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM), turut membuat laporan agar SPRM menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). 

Katanya, ini berikutan isu itu ditimbulkan oleh pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menerusi artikel bertajuk "Shafie harus respons, isu penggunaan wang taikun" yang disiarkan di laman blognyachegubard.blogspot.my pada 27 September lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top