pahangdaily pahangdaily Author
Title: NUJ Arahkan Ahli-Ahlinya Boikot Program Anjuran UMNO Pahang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Susulan kejadian ahli Media Pahang diarahkan keluar oleh Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob ketika  membuat liputan Kon...

KUANTAN: Susulan kejadian ahli Media Pahang diarahkan keluar oleh Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob ketika membuat liputan Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah dekat sini.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ)  telah mengeluarkan arahan kepada wartawan yang bernaung di bawah NUJ untuk tidak membuat liputan semua majlis anjuran UMNO Pahang berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan dibuat oleh Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak antara lain turut memaklumkan liputan semula majlis UMNO Pahang hanya dibenarkan selepas pihak berkenaan (UMNO Pahang) membuat permohonan secara rasmi melalui media cetak atau elektronik.



Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mendengar penjelasan daripada wartawan yang bertugas dalam program tersebut. Difahamkan, kehadiran para wartawan media adalah atas jemputan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbar Kementerian Pertahanan, Fadzli Mohamad Kamal. Maka itu, tindakan pihak terbabit menghalang mereka membuat liputan amatlah tidak wajar sebenarnya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top