pahangdaily pahangdaily Author
Title: Operasi PATI: Kanak-Kanak Antara 254 "Warga Asing" Yang Di Tahan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun antara 254 orang warga asing ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen...

KUANTAN: Dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun antara 254 orang warga asing ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Pahang untuk mengekang kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di daerah ini.

Ops Biru yang berlangsung selama tiga jam itu turut dibantu Jabatan Imigresen Terengganu dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pahang.

Seramai 52 anggota penguat kuasa dan empat petugas CIDB Pahang terbabit dalam operasi yang bermula jam 10 pagi di sebuah tapak pembinaan empat blok pangsapuri lapan tingkat dekat Bukit Pelindung itu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pahang, Mohd Norazam Abdullah berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal berusia dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun, selain dua kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, seramai tiga wakil majikan turut ditahan dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Negeri Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami melakukan risikan selama dua bulan di tapak pembinaan ini setelah menerima aduan daripada penduduk setempat yang mendakwa terdapat ramai Pati di sini memandangkan ia terletak berhampiran kawasan penempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat operasi, semalam. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top