pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pamerkan Lukisan Kritik Perdana Menteri, Zunar Di Serang Di Pulau Pinang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kartunis Zunar hari ini dikepung dan diancam sekumpulan kira-kira 30 individu tidak dikenali ketika mempamerkan karya sat...
PETALING JAYA: Kartunis Zunar hari ini dikepung dan diancam sekumpulan kira-kira 30 individu tidak dikenali ketika mempamerkan karya satira mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak di Komtar, Pulau Pinang.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, beliau hampir ditumbuk, tetapi polis dapat meleraikan kumpulan itu.
“Saya didatangi kira-kira 30 orang bertindak agresif secara fizikal menyuruh saya menurunkan lukisan yang dipamerkan. Mereka mengancam dan mengepung saya.
“Tidak ada kerosakan yang berlaku kerana saya turunkan lukisan saya. Kalau saya masih ada di sana, tidak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya.
Zunar berkata beliau bertindak tenang dan tidak melawan walaupun diancam dan diugut kumpulan itu yang segelintirnya penyokong Umno.

“Saya tidak melawan, kerana ia bukanlah matlamat saya. Saya hanya mahu adakan pameran. Tetapi keadaan sangat ganas hingga memaksa polis dan FRU datang meleraikan kejadian tadi,” katanya.
Dianggarkan kira-kira 30 anggota polis dan 10 anggota FRU dikerahkan di bangunan Komtar, Pulau Pinang.

Katanya, pameran lukisan itu dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula pada hari ini, namun ia terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
“Saya tidak pernah lagi mengalami keadaan sebegini, ini kali pertama. Bagi saya kalau mereka tidak setuju, tidak ada masalah, mereka boleh bantah.
“Sepatutnya sampai 3 hari di sini (Komtar), tetapi saya tidak meneruskan pameran kerana isu keselamatan.
“Terima kasih kepada anggota polis yang datang cepat, jika tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top