pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Konvensyen UMNO Pahang, MB Arahkan Wartawan Media Keluar Dewan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Konvensyen UMNO Negeri Pahang yang berlangsung di sini semalam, kecoh apabila wartaw...

KUANTAN: Konvensyen UMNO Negeri Pahang yang berlangsung di sini semalam, kecoh apabila wartawan media yang membuat liputan acara itu diarahkan keluar dewan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob.

Program sehari yang diadakan Di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah dekat sini itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein. 

Difahamkan  wartawan Media Pahang diarahkan keluar kerana acara perasmian oleh Hishamuddin yang Akan diadakan selepas itu dibuat secara tertutup. Arahan keluar telah dibuat oleh MB Pahang sendiri, semasa beliau sedang menyampaikan ucapannya.

Perkara itu telah didedahkan dalam posting facebook terbaru salah seorang wartawan media Pahang yang terlibat. Susulan posting tersebut banyak pihak yang telah memberi respon negatif terhadap isu berkenaan, termasuk dikalangan ahli Media Pahang sendiri. 


"Orang-orang media di Pahang ini berpelajaran tinggi semuanya...beriman dan YAN akhlak Rasulullah SAW, sebab itu mereka tenang dan bersabar serta menjaga lidah dan percakapan mereka daripada mengherdik dan menghina apatah lagi mencaci sesama umat", komen salah seorang wartawan yang terlibat.


"Tak hormat Naib Presiden UMNO langsung..padahal media datang sebab Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein a aja..dia (MB) halau terus media..smpaikan tak dapat nak sidang media dengan Dato' Sri Hishamuddin..merosakkan nama UMNO dan masa depan UMNO...sebelum UMNO Pahang rosak dan musnah, halau......tu", kata kenyataan itu lagi. 


Difahamkan, sebelum ini kes yang sama juga pernah berlaku di Maran. Namun, situasi kali ini lebih teruk kerana ahli Media Pahang bukan sama diarahkan keluar dengan nada yang agak "keras" malah mereka turut dicemuh oleh segelintir perwakilan dengan perkataan "keluar, keluar" selepas saja MB keluarkan kenyataan tersebut.

Adnan sebelum ini sudah beberapa kali menimbulkan "kontroversi" dengan wartawan media di Pahang. Namun anehnya media Pahang masih memberikan liputan meluas terhadap kepimpinan Adnan selama ini. TIndakan beliau kali ini bakal mencetuskan kontroversi berpanjangan tentang hubungan Kerajaan Negeri Pahang dengan wartawan media di negeri ini. #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment




 
Top