Peguam: Permohonan Habeas Corpus Maria Chin 29 November Ini !


SHAH ALAM: Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Maria Chin Abdullah akan di dengar Mahkamah Tinggi, pada 29 November ini selepas perjumpaan peguamnya, Gurdial Singh Nijar dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan dalam kamar.
Gurdial Singh berkata, Jabatan Peguam Negara meminta tempoh seminggu untuk membalas afidavit.
“Bagaimanapun, kami membantah kerana Maria mungkin berhadapan tempoh yang lebih lama dalam tahanan sebelum perbicaraan.
“Kita juga meminta Maria dibawa hadir ke mahkamah semasa perbicaraan, namun Pesuruhjaya Kehakiman memberitahu pemohon tidak hadir di hadapan mahkamah.
Katanya, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah bagi membawa Maria hadir di hadapan pendengaran atau tidak,” katanya.
Manakala, peguam kanannya berkata, Nordin mengarahkan Jabatan Peguam Negara bersama empat responden untuk memfailkan afidavit mereka dalam jawapan, pada 28 November ini.
Difahamkan, Maria memfailkan habeas corpus iaitu pembebasannya daripada Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau tahanan SOSMA serta-merta, pada 21 November lalu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]