Pejabat Portal Berita Malaysiakini, Di Serbu Dan Di Siasat Oleh SKMM


KUALA LUMPUR: Pejabat portal berita tempatan Malaysiakini diserbu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa.
Menurut kenyataan SKMM pada Rabu, portal berita itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Serbuan di premis di Petaling Jaya itu dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berikutan aduan yang diterima SKMM.
Bagaimanapun suruhanjaya itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai aduan yang diterimanya.
Media tempatan melaporkan serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh KiniTV, iaitu anak syarikat Malaysiakini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]