pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pejuang Alam Sekitar, Khaidir Ahmad & Dua Rakan Tinggalkan NGO PEKA
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Tiga pejuang alam sekitar dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Pahang yang ...

TEMERLOH: Tiga pejuang alam sekitar dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Pahang yang meletak jawatan minggu lalu akan terus memperjuangkan hak rakyat dan alam sekitar walaupun tidak lagi bersama NGO itu.

Tiga mereka terdiri daripada Pengerusi Peka Pahang, Khaidir Ahmad; Bendaharinya, Saifulnizam Sulaiman dan Exco Peka Pahang, Mohd Nasir Ishak meletakkan jawatan menerusi pengumuman menerusi Facebook Khaidir Ahmad pada 23 November lalu.

“Selamat Tinggal Peka...selepas berbincang dan memikirkan dengan semasak-masaknya, kami ingin memaklumkan bahawa kami dengan hati yang terbuka secara sukarela, meletakkan jawatan masing-masing seperti di atas secara sukarela berkuat kuasa mulai 1 Disember 2016.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami ketika menyandang jawatan berkenaan selama ini.



“Walaupun sudah tidak menyandang jawatan berkenaan, kami tetap berikrar akan meneruskan perjuangan alam sekitar dalam dimensi dan perspektif baharu berteraskan semangat Perjuangan Rakyat Marhaen Untuk Rakyat Marhaen,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook Khaidir pada 23 November lalu.

Sementara itu Khaidir sewaktu dihubungi semalam berkata, walaupun meletak jawatan dalam Peka, tetapi perjuangan menentang penjenayah alam sekitar akan diteruskan.

“Setakat ini kami bertiga undur diri, ada beberapa nama lagi akan turut sama dengan kami,” katanya.

Sementara itu Exco Peka Pahang, Mohd Nasir Ishak tanpa mengulas lanjut menyatakan sebab peletakan jawatan itu adalah kerana isu peribadi. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top