pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelombong Bauksit Telah Kembali Beroperasi, Kata Peneroka Felda Bukit Kuantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pelombong bauksit dipercayai menggunakan “jalan belakang” untuk membawa keluar mineral...
KUANTAN: Pelombong bauksit dipercayai menggunakan “jalan belakang” untuk membawa keluar mineral di sebalik tempoh moratorium setahun yang dikenakan Kabinet kerana pencemaran alam sekitar dan kerosakan kepada kawasan Felda.
Peneroka Felda Bukit Kuantan di sini menyalahkan kekurangan penguatkuasaan sejak Julai dan mendakwa pihak berkuasa memekakkan telinga terhadap semua laporan yang dibuat.
Seorang peneroka dipetik sebagai berkata, beberapa lori dilihat di kawasan itu dan dipercayai mengangkut stok simpanan yang masih berada dalam ladang kelapa sawit.
Bagaimanapun, mereka terus mengangkut bauksit beberapa bulan selepas penangguhan itu dikenakan. “Saya sedar aktiviti perlombongan masih dijalankan,” kata seorang peneroka.
Beliau menuduh pelombong yang mungkir kepada moratorium yang berakhir pada 31 Disember dengan menggunakan jalan belakang untuk mengangkut mineral dan menggesa tindakan tegas diambil.
Peneroka lain pula berkata, pegawai penguatkuasa dilihat hanya semasa fasa pertama dan ke-2 moratorium iaitu antara Januari dan Julai. “Tetapi sekarang pegawai-pegawai penguatkuasa langsung tidak kelihatan,” katanya.
Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Nazri Abu Bakar berkata siasatan akan dijalankan dan kes itu dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Beliau berjanji tindakan segera, termasuk rampasan kenderaan berat dan peralatan perlombongan.
Sekumpulan penduduk kampung di Felda Bukit Kuantan mengadu minggu lepas yang jalan tanah mereka dirosakkan lori yang membawa bauksit pada waktu malam.
Menteri Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau menjangkakan laporan penuh minggu depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top