pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penahanan Maria Chin Di Bawah SOSMA Untuk Bantu Siasatan Polis
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012...

KUALA LUMPUR: Penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 bertujuan membantu siasatan polis. 
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Sosma bukan hanya terpakai bagi kegiatan keganasan memandangkan akta itu mempunyai definisi yang meluas, selain turut digunakan bagi sebarang kegiatan yang mengancam ketenteraman dan kedaulatan negara.
"Akta itu sebenarnya akta pemboleh kepada Kanun Tatacara Jenayah... beliau didakwa mengikut Kanun Tatacara Jenayah tetapi menggunakan Sosma sebagai pemboleh untuk membantu polis dalam siasatan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.
Beliau berkata, penahanan itu adalah mengikut 'operational issues' Polis Diraja Malaysia dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Maria adalah antara 15 individu yang ditahan berhubung perhimpunan haram di ibu kota pada Sabtu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top