pahangdaily pahangdaily Author
Title: Piala AFF: "Mufti Perlis", Harimau Malaysia Di Gesa Tarik Diri Lawan Myanmar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar...

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.
Beliau berkata, gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.
"Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada masa sama, beliau berharap kerajaan memandang serius kezaliman kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam di negara itu.

"Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih dari itu, ia merupakan kezaliman terhadap satu etnik dan mereka itu beragama Islam.
"Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan" katanya.
Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.
Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam pada aksi kedua kumpulan pada petang Rabu.
Ia adalah gesaan terbaharu terhadap pasukan kebangsaan selepas Naib Yang Dipertua PAS Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh pada Selasa mahu Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF yang sedang berlangsung sebagai solidariti membantah kekejaman rejim junta tentera terhadap umat Islam di Myanmar. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top