pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Telah Menangkap Maria Chin Selepas Serbuan Ke Pejabat Bersih
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Polis menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Si...
PETALING JAYA: Polis menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh, susulan serbuan ke atas pejabat gabungan itu di Petaling Jaya petang tadi.
Mereka dijangka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Serbuan dan tangkapan oleh pasukan dari Bukit Aman petang tadi berlaku kurang dari 24 jam sebelum Bersih 5 berhimpun di Kuala Lumpur.
Sebelum itu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke turut ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, dipercayai berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.
Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan beliau dalam himpunan itu, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas tunjuk perasaan Bersih 5 dan himpunan balas Gerakan Baju Merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top