pahangdaily pahangdaily Author
Title: PPBM Berisiko Untuk Dibatalkan Pendaftaran Jika Terus Gunakan Nama 'Bersatu'
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diberi amaran bahawa pendaftarannya boleh dibatalkan jika parti itu terus me...

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diberi amaran bahawa pendaftarannya boleh dibatalkan jika parti itu terus menggunakan perkataan 'Bersatu' dalam mana-mana program dan aktivitinya.
Dalam surat bertarikh 8 November, Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi amaran kepada parti itu bahawa tindakan tegas termasuk pembatalan pendaftaran boleh diambil jika PPBM terus berbuat demikian.
Pendaftar Nawawi Mat dalam surat itu berkata, parti tersebut tidak dibenarkan menggunakan perkataan Bersatu dalam, antara lain, ceramah serta penerbitan poster dan 'bunting'nya.
Nawawi berkata, parti itu bertanggungjawab untuk mengikut kehendak di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi sebelum ini berkata, RoS tidak membenarkan parti itu dikenali atau menggunakan singkatan 'Bersatu' kerana terdapat enam lagi organisasi dan parti politik lain yang berdaftar mempunyai perkataan Bersatu dalam nama mereka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top