pahangdaily pahangdaily Author
Title: Protes Zunar, Pemuda UMNO Dakwa Di Provokasi Exco Pulau Pinang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN: Pemuda UMNO negeri berkata mereka mengadakan protes aman kerana marah dengan pameran kartunis Zunar di Komtar semalam, dan ...
GEORGE TOWN: Pemuda UMNO negeri berkata mereka mengadakan protes aman kerana marah dengan pameran kartunis Zunar di Komtar semalam, dan mendakwa exco negeri, Dr Afif Bahardin melakukan provokasi terhadap mereka.
Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail berkata dia dan 50 ahli parti dan NGO berada di sana untuk membantah lukisan karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.
Norhiesam berkata mereka datang dalam keadaan aman, tetapi diprovokasi oleh Afif.
“Kami datang dengan aman dan terkawal. Tetapi provokasi berlaku selepas Dr Afif datang. Dia sindir,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, laporan polis dibuat di balai Patani Road berhubung pameran itu dan beliau rasa lukisan Zunar mengganggu ketenteraman rakyat Malaysia.
Norhiesam berkata tindakan Zunar melukis gambar tidak elok menunjukkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak boleh diterima.
Sementara itu, Afif berkata dakwaan provokasi Norhiesam itu tidak benar.
Afif berkata dia baru pulang dari kedai ais krim selepas solat Jumaat untuk kembali ke pejabat ketika kejadian itu berlaku.
Pada masa itu, Afif nampak Zunar “diganggu” sekumpulan ahli UMNO.
“Saya kebetulan lalu di kawasan pameran itu selepas waktu rehat dengan secawan kecil ais krim di tangan saya. Saya sedang berjalan kembali ke pejabat.
“Kemudian saya nampak mereka ganggu Zunar, jadi saya beritahu ahli UMNO itu supaya berundur. Saya beritahu mereka ini bangunan kerajaan, sila hormat. Tidak ada provokasi langsung.
“Mereka kemudian suruh saya pergi. Saya kata ‘anda yang patut pergi, saya kerja di sini’. Saya tidak provokasi mereka, saya sedang makan ais krim semasa bercakap dengan mereka,” kata Afif ketika dihubungi.
Semalam, Zunar mendakwa hampir diserang sekumpulan individu diketuai pemimpin Pemuda UMNO, Rafizal Rahim. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top