pahangdaily pahangdaily Author
Title: R-Sivarasa: Walau Pun Pejabat Bersih 2.0 Di Serbu, Demo Tetap Jalan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 hanya memburukkan lagi imej Perdana Menteri D...
PETALING JAYA: Serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 hanya memburukkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mata dunia, kata peguam Sivarasa Rasiah.
Ahli Parlimen PKR itu berada di tempat kejadian ketika serbuan dijalankan petang tadi.
Tunjuk perasaan solidariti untuk Bersih akan oleh rakyat Malaysia di luar negara di 57 bandar seluruh dunia, diselaraskan oleh jaringan antarabangsa Bersih 2.0, Global Bersih.
“Ini cubaan untuk menyekat tunjuk perasaan esok. Sangat jelas, tapi tidak akan berjaya. Himpunan akan diteruskan,” kata Sivarasa.
“Sekiranya mereka menangkap Maria (Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah) dan tahan beliau semalaman, himpunan akan tetap diteruskan. Mereka yang tekad akan turun jua.
“Pegawai Bukit Aman yang beri arahan ini akhirnya akan sedar yang beliau sudah memburukkan lagi keadaan buat perdana menteri.”
Serbuan petang tadi berlaku kurang dari 24 jam sebelum gabungan reformasi pilihan raya turun ke jalanraya untuk tunjuk perasaan Bersih 5.
Urusetia Bersih Mandeep Singh dalam twit beliau berkata: “Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C”.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top