pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahaniza: Kes Keganasan Rumah Tangga Di Pahang, Kini Menurun !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kes keganasan rumahtangga yang direkodkan di Pahang menurun kepada 222 kes tahun lepas daripada 258 kes pada 2014, kata Penge...

KUANTAN: Kes keganasan rumahtangga yang direkodkan di Pahang menurun kepada 222 kes tahun lepas daripada 258 kes pada 2014, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

"Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula telah menunjukkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 131 kes," katanya ketika menjawab soalan Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.    

Chong Siang bertanyakan tentang jumlah kes itu dilaporkan kepada polis bagi 2014 dan tahun lepas serta sehingga Jun tahun ini selain daripada segi bantuan segera yang boleh diberikan kepada wanita yang menjadi mangsa dera keganasan rumahtangga untuk menjamin keselamatan mereka.

Sementara itu, Shahaniza berkata mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan nasihat mengenai Akta 521 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta agensi lain berkaitan.

"Khidmat nasihat boleh diperolehi melalui telefon atau datang sendiri ke mana-mana pejabat berkenaan atau menghubungi Talian NUR 15999," katanya.

Beliau berkata mangsa yang mengalami keganasan rumahtangga secara psikologi, emosi atau mental boleh membuat laporan polis dengan perlu menyatakan secara jelas keganasan itu berlaku, tarikh, masa, kecederaan jika ada dan senjata digunakan jika ada serta tujuan laporan itu dibuat.  

"Pihak polis akan menerima semua aduan daripada mangsa kepada mana-mana kaunselor berdaftar atau pakar psikiatri yang bertauliah. Kaunselor berdaftar dan pakar psikiatri akan mengeluarkan satu laporan kepada mangsa dan pihak polis.

"Sebagaimana kes-kes keganasan rumahtangga yang lain rawatan susulan akan diberikan mengikut keadaan dan keperluan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JKM telah mewartakan tiga tempat perlindungan untuk menempatkan sementara mangsa keganasan rumahtangga di negeri ini namun beliau tidak mendedahkan lokasi tempat itu demi menjamin keselamatan mangsa terbabit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top