pahangdaily pahangdaily Author
Title: Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGER TOWN:   Kartunis  Zunar akan dibebaskan pada pukul 6 petang Ahad selepas direman selam...

GEORGER TOWN: Kartunis  Zunar akan dibebaskan pada pukul 6 petang Ahad selepas direman selama sehari.
Peguam yang mewakili Zunar, R.S.N. Rayer berkata, Zunar sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis dan masih belum didakwa di mahkamah.
Kartunis berusia 52 tahun itu dengan nama sebenar Zulkiflee SM Anwarul Haque ditahan di bawah Akta Hasutan pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Majistret membenarkan reman sehari terhadap kartunis itu.
Jumaat lalu, Zunar mengadakan pameran di KOMTAR dengan poster yang memberi gambaran negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Poster-poster itu kemudiannya diturunkan beberapa jam selepas pameran bermula. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top