pahangdaily pahangdaily Author
Title: Suami Isteri "Di Penjara 14 Hari", Gara-Gara Kasari Penguatkuasa MBSA
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 kep...
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 kepada sepasang suami isteri yang didapati bersalah mengasari penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Majistret, P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu kepada Lor Ka Fun dan isterinya, Tan Sit Fun selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Nurul Ain Isa ketika menjalankan tugasnya.
Majistret turut memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM3,000 setiap seorang atau mereka akan dipenjarakan 7 hari, jika gagal berbuat demikian.
Mereka berdua didakwa melakukan kesalahan itu tempat letak kenderaan awam di Jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 24 November lalu.
Bagaimanapun, pasangan itu memohon pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Majistret menetap ikat jamin RM2,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan mereka.
Satu rakaman video selama 2 minit mengenai tindakan pasangan itu mengasari penguat kuasa MBSA tersebar di media sosial sejak semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang mengeluarkan saman kepada sebuah kenderaan yang gagal mempamerkan kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, selepas saman dikeluarkan, seorang wanita yang dipercayai adalah pemilik kereta itu mula memarahi dan menarik baju penguat kuasa MBSA itu, disusuli seorang lelaki tampil membantu wanita terbabit dengan cuba mengambil gambar dan menghalang mangsa meninggalkan tempat kejadian. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top