Subramaniam: Pesakit Wad Kelas Tiga Tidak Dikenakan Caj Baharu


KUALA LUMPUR: Caj baharu tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, sekiranya tiada katil kosong di wad kelas tiga.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan tersebut dibuat kementeriannya jika situasi tersebut berlaku kepada mana-mana pesakit di hospital kerajaan.
"Saya berjanji kerajaan sememangnya komited dan mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan berkualiti pada harga berpatutan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.
Justeru, Dr Subramaniam menjelaskan ini sekaligus mengurangkan kerisauan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Pada Isnin, Dr Subramaniam mengumumkan caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua di hospital kerajaan akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan 2017, bagaimanapun kadar baharu itu belum diputuskan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]