Syed Saddiq Pertahan Tulisannya, Bukan Derhaka Tetapi Berprinsip


PETALING JAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tegas beliau, pandangan yang dikemukakan berhubung larangan demonstrasi di Johor dilakukan atas dasar prinsip.

"Saya bukan penjilat atau pun penderhaka, saya berprinsip. Bila saya menulis surat memuji tindakan Sultan dan TMJ (Tunku Mahkota Johor) kerana lantang bersuara menentang rasuah, saya dipanggil penjilat.

"Malangnya, orang sama yang sebelum ini memanggil saya penjilat, sekarang ini memanggil saya penderhaka kerana berbeza pendapat dengan Tuanku," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan mengambil keterangannya dalam siasatan berhubung kandungan surat terbuka berkenaan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Syed Saddiq sebelum ini memuat naik di laman Facebooknya, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]