pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jadi Tahanan 'SOSMA', Maria Chin Harus Tanggung, Bukan Merungut !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Datuk Ibrahim Ali menempelak tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah...

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menempelak tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang merungut selepas ditahan susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Sebaliknya sebagai seorang pejuang, Ibrahim berkata, Maria serta beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu harus menanggung kesan perjuangan tersebut.
"Maria Chin dan geng-geng dia ini baru kena tahan 10 hari dah kecoh di Dataran Merdeka sampai Tun pun turun, pasang lilin, apa ni?
"Lepas itu nak komplen, nak tilam, tandas duduk, nak telur ayam kampung dua biji setiap pagi. Baik duduk hotel lima bintang," katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa pada Rabu.
Berbeza dengan dirinya, Ibrahim menganggap  beliau sebagai pejuang sebenar kerana tidak pernah merungut dan memohon habeas corpus semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu ketika dulu.
"Saya kena tahan dulu selama 60 hari dan juga dua tahun tapi saya tak complaint, juga tak buat habeas corpus. Teruk keadaan saya dekat dalam tak ada siapa peduli pun.
"Selama 60 hari duduk dalam bilik saya tak tahu malam ke siang. Tidur atas simen, tandas busuk, Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah saya juga tak pernah complaint," katanya.
Pada Isnin, anak sulung Maria Chin, Azumin Mohamad Yunus membuat laporan polis mendakwa ibunya menerima layanan buruk semasa ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Azumin mendakwa ibunya ditahan di dalam kurungan di  lokasi yang tidak diketahui semasa mengalami tekanan darah tinggi dan osteoartritis. #sumber
"Dia perlu ambil ubat untuk memastikan keadaannya terkawal. Dia perlu menjalani pemeriksaan berjadual di Pusat Perubatan Universiti Malaysia pada Ahad untuk osteoarthritis," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top