pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tengku Abdullah Mahu Masalah Bekalan Air Di Pahang Segera Di Atasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dan segera...

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dan segera mengatasi masalah bekalan air yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini.   

Tengku Abdullah juga mahukan pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah itu.

"Pahang mempunyai kawasan tadahan air yang banyak dan apabila masalah ini berlaku ia tidak boleh diterima kerana kita juga mengeksport air ke negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

"Duduk diam tanpa menyelesaikan isu ini tidak boleh diterima oleh rakyat dan saya akan panggil jabatan berkenaan untuk tinjau tentang masalah itu.

"Bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun semua agensi perlu main peranan untuk atasinya," titah baginda semasa merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan-Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad dan Naib Pengerusinya, Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda.



Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini termasuk dengan membina jambatan baharu itu.

"Tahun 1960an dahulu, rakyat Pekan terpaksa menaiki dua buah feri untuk ke bandar Pekan dan saya sendiri pernah merasai pengalaman tersebut semasa mengikuti ayahanda Sultan Ahmad Shah sebelum berpindah ke Kuantan.

"Kini banyak nikmat pembangunan telah dirasai oleh rakyat dan dengan pembinaan jambatan baharu ini, saya yakin limpahan ekonomi akan dapat dirasai oleh penduduk," tegas baginda. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top