Tun Mahathir Dakwa PPBM Sertai Pakatan Harapan Selepas Bincang Dengan PAS


SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan selepas menyelesaikan beberapa urusan termasuk berbincang dengan PAS.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi PPBM yang mengakui parti itu mahu menjadi sebahagian Pakatan Harapan.
Beliau berkata, ketika ini, perbincangan dengan PAS bagi mendapatkan permuafakatan dalam menyertai pakatan pembangkang itu.
Ini kerana katanya, PAS mempunyai 'imuniti' yang boleh menyebabkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
"Sudah tentu (PPBM menyertai Pakatan Harapan). Kita masih berbincang dengan mereka (PAS). Kita cuba untuk memberi penjelasan.
"Jika ada pertembungan tiga penjuru, ia akan memberikan kemenangan kepada BN. Jika satu lawan satu, adanya peluang untuk pembangkang menang," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PPBM mempunyai rancangan untuk menyertai Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu pada ucaptamanya, mantan perdana menteri itu menafikan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hasrat yang bertentangan dengan tidak menyokong parti itu untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.
Jelas Dr Mahathir, walaupun PPBM masih belum menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, tetapi sudah pun mempunyai hasrat untuk menyertai pakatan pembangkang itu.
"Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dia bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan," kata Dr Mahathir.
Pada Jumaat, dilaporkan rancangan untuk menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara Pakatan Harapan dan PPBM pada konvensyen, Sabtu, belum dapat dilaksanakan selepas Muhyiddin meminta penangguhan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]