Tun Dr M Tiba Dari Luar Negara, Menuju Dataran Merdeka Sertai Bersih 5


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali ke tanahair dan akan menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara.
Pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.
"Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih 5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.
"Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang," kata Sufi.
Difahamkan, bersama Dr Mahathir adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.
Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. #sumber


1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Othaman Ahmad said...

Ayahanda Tun Mahathir yg difitnahkan sebagai pengecut melarikan diri..tau2 dah balik dari Sudan dan kini bersama-sama Himpunan Bersih 5. Najib masih sembunyi dalam kain Rosmah di Peru.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]