pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Gesa Rakyat Bangkit Lawan Pihak Yang "Dapat Dedak" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap pihak yang menimbulkan masalah dalam Pakatan Ha...

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap pihak yang menimbulkan masalah dalam Pakatan Harapan adalah penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyarankan supaya menentang pihak yang tidak bersama-sama dalam gerakan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir juga mendakwa, pihak yang bermasalah itu kemungkinan besar 'mendapat dedak'.
"Mereka sebenarnya menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak.
"Sebab itu kita menentang sesiapa sahaja yang tidak menyertai gerakan untuk menjatuhkan Najib," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Sabtu.
Walaupun tidak merujuk sesiapa, Dr Mahathir bagaimanapun menyentuh mengenai PAS yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana 'bermusuh' dengan DAP.
"Jangan cakap kami tak setuju dengan Pakatan Harapan sebab ada DAP dalamnya, bukan kerana itu. Saya dahulu musuh ketat Lim Kit Siang (penasihat DAP).
"Saya juga musuh ketat beberapa tokoh lain dalam parti lawan tapi permusuhan itu perkara kecil berbanding usaha untuk menjatuhkan musuh terbesar iaitu Najib," kata Dr Mahathir.
Pada Sabtu, Dr Mahathir telah menyuarakan mengenai hasrat PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan tidak lama lagi.
Pada masa sama, PPBM ketika ini masih berbincang dengan PAS untuk mengadakan permuafakatan dalam menyertai Pakatan Harapan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top