pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video Pembantu Rumah Indonesia Meraung Di Rogol Majikan Tersebar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEORANG  pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa kerap menjadi mangsa pemuas nafsu majikan lelakinya bertindak merakam aksi dia dir...
SEORANG pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa kerap menjadi mangsa pemuas nafsu majikan lelakinya bertindak merakam aksi dia dirogol sebelum memuat naik ke laman sosial dipercayai sebagai bukti tindakan jijik suspek.
Menurut laporan portal tempatan, wanita berusia 31 tahun itu dikatakan tidak tahan dengan sikap rakus majikannya itu yang sering menjadikan dirinya sebagai tempat pemuas nafsu ketika bekerja dengan sebuah keluarga di Taichung, Taiwan.
Lebih menyedihkan, wanita malang itu turut mendakwa pernah memberitahu kejadian dia dirogol kepada isteri majikannya, namun wanita itu meminta mangsa supaya "melupakan" insiden berkenaan dengan alasan suaminya dalam keadaan mabuk.
Tidak tahan terus diperlakukan sebegitu, mangsa nekad merakam aksi jijik tersebut.


Berdasarkan video di muat naik di beberapa laman sosial termasuk Facebook, wanita terbabit kedengaran meraung dan nenolak lelaki itu daripada memperkosanya, namun suspek tidak mengendahkan rintihan mangsa.
Bahkan, suspek terus memaksa wanita malang terbabit 'melayannya'. Kedengaran wanita terbabit menggunakan bahasa Mandarin. 

Media tempatan Indonesia melaporkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan menuntut agar individu yang melakukan perbuatan keji itu mendapat balasan sewajarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top