pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wanita IKRAM Mahu Kelakuan Samseng Jamal Yunos Di Hentikan Segera
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SERDANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menerusi sayap wanitanya hari ini mengecam tindakan ...
SERDANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menerusi sayap wanitanya hari ini mengecam tindakan provokasi kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mempamerkan budaya samseng dan ganas sejak kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Wanita, Dr Hafidzah Mustakim berkata ugutan dan ancaman dikeluarkan Jamal khususnya yang menghina serta melibatkan kaum wanita bertentangan dengan imej masyarakat Malaysia yang bersopan dan bertatasusila.
“Segala bentuk penghinaan sama ada kenyataan bersifat ugutan, ancaman dan gangguan seksual seperti ditujukan kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin perlu dihentikan segera,” katanya pada sidang medianya bersama kepimpinan Wanita Ikram di sini hari ini.
Pada 13 November lalu, Jamal berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk hingga berdarah hidung dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang.
Jamal yang merupakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa beliau ditumbuk di mukanya ketika mengetuai penyokong Baju Merah untuk mencari Zuraida di pusat beli-belah Ampang Point.
Susulan dakwaan Jamal, Zuraida pada Khamis menyamannya kerana memfitnah dan menuduh beliau sebagai dalang dalam kejadian itu.
Mengulas lanjut, Hafidzah berkata perbuatan Baju Merah itu juga menimbulkan keresahan, ketegangan dan boleh menggugat ketenteraman negara.
Sehubungan itu, pihaknya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap Baju Merah yang menggugat keselamatan wanita dan masyarakat.
“(Selain itu) Pihak media (seharusnya) tidak memberi liputan terhadap kenyataan ketua kumpulan Baju Merah dan ahli-ahlinya kerana ia hanya akan menyemarakkan sikap kebencian dan budaya gangsterisme serta buli dalam masyarakat.
“Kami para ibu khususnya tidak mahu anak-anak kami terdedah mahupun menjadi mangsa kepada budaya samseng serta ganas yang sedang dipamerkan di hadapan mereka oleh kumpulan Baju Merah,” katanya.
Tegasnya, seluruh wanita dan lapisan masyarakat seharusnya bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak bertamadun yang dilakukan kumpulan itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top