pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid Minta ‘Cybertrooper’ UMNO "Henti Perbalahan", Fokus Lawan Musuh
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Sekadar “selfie” tidak mencukupi untuk meyakinkan rakyat khususnya golongan Gen-Y dan Gen-Z menyokong kerajaan, sebalikny...
KUALA LUMPUR: Sekadar “selfie” tidak mencukupi untuk meyakinkan rakyat khususnya golongan Gen-Y dan Gen-Z menyokong kerajaan, sebaliknya perlu bersatu dalam menyusun strategi menentang musuh, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas Zahid, titik pertemuan harus dicari di antara angkatan “cybertrooper” Umno agar tidak berbalah sesama sendiri sekali gus mengenepikan jurang perbezaan.
“Kita perlu menyedari 87% maklumat diperoleh daripada saluran komunikasi media baharu dan selebihnya daripada media konvensional melalui media cetak dan media elektronik,” katanya.
Justeru, beliau menggesa ahli sayap Umno agar lebih bijak menguasai ruang siber secara serius dalam menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan seteru politik .
“Jadi kita perlu keluar daripada kepompong lama yang hanya pandai melihat dan memadam api, sebaliknya perlu proaktif mencari kelemahan pihak lawan dengan peluru fakta yang boleh menyedar dan menyakinkan khalayak,” katanya ketika berucap bagi merasmikan sayap perwakilan Umno Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sehubungan itu, Zahid berkata angkatan “cybertrooper” Umno perlu lebih kreatif dan berusaha mendekatkan diri dengan rakyat terutamanya 2 kumpulan sasar utama iaitu Gen-Y dan Gen-Z. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top