pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid: UMNO Hargai Kerjasama Dengan Parti Lawan Seperti PAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai kerjasama parti pemeri...
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai kerjasama parti pemerintah itu dengan pembangkang yang dilihat berjuang secara bersendirian.
Tanpa menyebut parti mana, ia dipercayai merujuk PAS yang pernah satu masa mengadakan kerjasama dikenali tahaluf siyasi dengan UMNO.
“Ada suatu ketika rakan-rakan kita yang berada di luar sana tidak berkenan dengan kita. Tetapi sekarang (PAS) sudah memahami keadaan kita, tidak perlu tahaluf siyasi, apa yang perlu tabayyun untuk terjemah agenda Islam tanpa ketepikan agama lain, kaum lain.
“Kalau ada orang hulurkan tangan, kita 10 kali hulurkan kepada mereka. Saya tahu ada yang khuatir kalau kita menyambut hulur tangan. Ada yang takut kononnya mereka akan seberang dan berlaku pertandingan 3-4 penjuru,” katanya ketika berucap merasmikan sayap perwakilan UMNO Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Katanya, biarpun perjuangan politik antara PAS dan UMNO berbeza, namun kerjasama boleh terjalin terutama melibatkan soal agama.
“Dalam politik, biarpun kita berada di gelanggang yang berbeza, wujudkanlah pertemuan kesilangan antara kita yang berpandukan kepada landasan agama, sejarah bangsa, dan tuntutan semasa serta perkiraan masa depan.
“Kita sesama kita buka buku baru, rapatkanlah silaturahim, berlapang dadalah dan hulurkan tangan sesama kita,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top