Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Di Facebook

PETALING JAYA: Polis semalam menahan dua aktivis, dipercayai berkaitan dengan kiriman Facebook mengkritik pihak tertentu dalam penggondolan kawasan hutan, menurut sebuah NGO yang mewakili mereka.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) berkata Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan pembantu pentadbiran Norhayati Shahromyang ditahan tengah hari semalam oleh polis Johor, dipercayai berkait kiriman Facebook mengkritik aktiviti penebangan hutan di negeri itu.
Setiausaha Agung Peka, Bazlinda Bahrin berkata Sabrina dan Norhayati bertemu polis Shah Alam selepas diarah berbuat demikian, tetapi ditahan untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum dibawa ke Johor untuk mendapat perintah reman pagi ini.
Ketika ditahan, peguam aktivis Siti Kassim turut menemani mereka.
Sabrina sebelum ini lantang mengkritik penggondolan kawasan hutan, dan turut sama dengan masyarakat Orang Asli di Kelantan yang membantah pihak pihak berkuasa negeri membenarkan aktiviti pembalakan di tanah mereka. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]