pahangdaily pahangdaily Author
Title: Annuar Saran Muhyiddin 'Selesai' Skandal Seks Sebelum Kritik Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya membersihkan nama yang terpalit skandal seks sebelum mengkritik Presiden UMNO  D...
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya membersihkan nama yang terpalit skandal seks sebelum mengkritik Presiden UMNO  Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini.
“Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar.
Beliau jawab Muhyiddin yang membidas Perhimpunan Agung UMNO yang selesai baru-baru ini sebagai medan untuk Najib menagih ketaatan ahli parti, berbeza dengan perhimpunan sebelum ini.
“PAU tahun ini lain sekali nadanya. Datuk Seri Najib Razak menuntut seluruh ahli berbai’ah dan wala’ kepadanya secara membuta-tuli, kononnya itulah tradisi Umno dan amalan orang Melayu dan Islam,” kata Muhyiddin.
Najib ketika menggulung PAU 2016 menyeru ahli parti supaya setia kepada Presiden, ditambah dengan kritikan terhadap bekas Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Muhyiddin supaya menumpu perhatian membangunkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Ucapan penggulungan presiden banyak memberikan kekuatan kepada parti, termasuk prinsip wala’ iaitu kesetiaan dan kesepaduan,” katanya.
Bung Moktar menjelaskan 2 ciri itu amat diperlukan ketika ini agar UMNO terus diyakini penyokongnya.
“Apa pun presiden berhak untuk memaklumkan ahli parti mengenai agenda tersirat gabungan pembangkang untuk menjatuhkan UMNO dengan cara yang rakus,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, December 06, 2016 8:59:00 AM

Kalo Anuar muse kluor umno dan kritik 1mdb skendel seks Anuar juga akan terdedah...dengan SD bolehkah disabitkan skendel seks?

Anonymous said... Tuesday, December 06, 2016 10:05:00 AM

Yidin sembab,lidah bercabang dan hipokrit....gayo nampok cam orang-baik-baik dan alim ajor....rupo-ruponya suka ngentot dengan bini orang....kah!...kah!...kah!

 
Top