pahangdaily pahangdaily Author
Title: Aziz Bari: PAS Tidak Mampu Untuk Bertahan, Rugi Tak Sertai Pakatan Harapan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS dilihat tidak lagi mampu bertahan di Selangor dan keengganan parti Islam itu...
PETALING JAYA: PAS dilihat tidak lagi mampu bertahan di Selangor dan keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Harapan hanya merugikan mereka sendiri, kata ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari.
Malah, katanya, rancangan PAS membentuk blok politik berasingan tanpa musuh ketat, Amanah dan DAP juga tidak akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Harapan.
“Saya tidak melihat PAS boleh bertahan di Selangor dengan senario politik yang ada. Pada saya yang ruginya PAS.
“Pendekatan apa yang dia boleh buat. Orang pun dah label (PAS). Lagipun PAS di Selangor banyak kerusi mereka di kawasan marginal. Kawasan Melayu PAS (di Selangor) juga masih belum mampu menang mengatasi Umno,” katanya.
Malam tadi, PAS Selangor menganjurkan Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras yang menyaksikan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi pentas dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah sambil disaksikan lebih 1,000 penyokong.
Semalam, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan dan pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah serta DAP kerana parti berkenaan tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.
Aziz berkata, ceramah mega di Paya Jaras itu tidak berjaya dan membuktikan PAS mahu bergerak bersendirian.
Saya kira tidak ramailah. Makna kalau kita nilai berdasarkan pemimpin kanan itu sepatutnya kehadiran 2,000 hingga 3,000 orang.
“Saya lebih melihat ceramah semalam itu nak mengesahkan dia (PAS) nak jadi pemain tunggal,” kata bekas pensyarah undang-undang itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top