pahangdaily pahangdaily Author
Title: ‘Back To School’ Anjuran DAP, Rai Kanak-Kanak Miskin Di Temerloh
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Musim persekolahan yang dijadualkan bermula awal tahun hadapan tentu membangkitkan rasa gembira dan teruja buat anak-anak y...

TEMERLOH: Musim persekolahan yang dijadualkan bermula awal tahun hadapan tentu membangkitkan rasa gembira dan teruja buat anak-anak yang telah lama bercuti.
Namun, timbul kegusaran di hati ibu bapa yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah dan miskin kerana terpaksa menyediakan kelengkapan sekolah buat anak-anak mereka.
Prihatin dengan masalah berkenaan, Pakatan Harapan kawasan Parlimen Temerloh yang diketuai ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji  semalam mengadakan program “Back To School” dengan tujuan meringankan beban golongan tersebut.
Seramai 24 kanak-kanak menerima sumbangan berbentuk peralatan sekolah dalam majlis sederhana tetapi meriah di sebuah restoran di Tanjung Kerayung dekat sini.
Tengku Zul yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang dalam ucapan ringkasnya berkata, sumbangan pihaknya itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi ibu bapa.
“Pemberian ini adalah tidak seberapa, tapi yang penting adalah kehadiran keluarga yang terlibat bagi merapatkan lagi tali silaturahim antara keluarga yang terlibat dengan pihak penganjur serta pejabat Adun,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang dalam pada itu turut melahirkan kesediaan untuk membantu menguruskan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
“Saya tawarkan diri jika ada keluarga yang tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hal ehwal mengenai anak-anak mereka jika mendapat keputusan yang cemerlang,” ujarnya.
Dalam program yang lain, Tengku Zul turut berkesempatan menyerahkan 50 set buku tulis kepada guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semantan untuk diagihkan kepada murid yang tidak berkemampuan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top