pahangdaily pahangdaily Author
Title: Banjir Kilat, Tanah Runtuh Landa Tanah Rata Di Cameron Highlands
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CAMERON HIGHLANDS: Hujan tanpa henti yang kadangkala lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa...
CAMERON HIGHLANDS: Hujan tanpa henti yang kadangkala lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Rata, dekat sini dilanda banjir kilat, termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid.
Polis Daerah Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook menyatakan hujan lebat itu mengakibatkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuarters itu.

Menurut kenyataan itu, air mula surut sepenuhnya kira-kira 5 petang tadi dan kerja pembersihan dilakukan anggota serta penghuni perumahan itu.

Namun, lif kawasan perumahan itu tidak dapat digunakan kerana dimasuki air.
Difahamkan, kawasan lain yang turut terjejas dengan banjir kilat itu adalah kuarters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi memberitahu hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata, dekat Bharat Tea Baru.

“Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.
“Kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu),” katanya.

Dalam pada itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah runtuh melibatkan Rumah Peranginan TNB di Tanah Rata, hari ini.
Haziq berkata, kejadian tanah runtuh pada jam 3.11 petang itu membabitkan seunit banglo dikenali sebagai ‘The Sharples’.
“Runtuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian depan bangunan dan 4 kereta.
“Bomba mengarahkan 13 penghuni banglo itu mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan ke-2.”
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Kerja Raya usaha membaiki cerun di kawasan itu hanya boleh dijalankan selepas mendapat kebenaran TNB, memandangkan kawasan terlibat adalah milik syarikat utiliti itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top