pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bebas: Safwan Dakwa, Sudah Jelas Akta Hasutan Telah Di Salah guna
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA : Bekas aktivis pelajar Muhammad Safwan Anang yang dibebaskan daripada tuduhan hasutan...
PUTRAJAYA: Bekas aktivis pelajar Muhammad Safwan Anang yang dibebaskan daripada tuduhan hasutan hari ini berkata keputusan itu isyarat jelas pada Putrajaya supaya berhenti menggunakan undang-undang zalim untuk mendiamkan pengkritik.
“Malah, kerajaan sepatutnya memansuhkan Akta Hasutan,” katanya kepada wartawan selepas keputusan sebulat suara dicapai di Mahkamah Rayuan yang membebaskannya daripada pertuduhan di bawah akta itu.
Safwan berkata keputusan itu memberikan inspirasi kepadanya untuk terus berkempen supaya Akta Hasutan dimansuhkan, sama seperti tindakan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
“Rakyat akan bangkit (memansuhkan Akta Hasutan) dan kami akan terus berkempen,” katanya.
Sementara itu, peguamnya Ariff Azami Hussein berkata penghakiman itu jelas menyatakan ucapan Safwan tidak menghasut dan pihak pendakwaan tidak ada kes terhadapnya.
“Malah, hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen sepatutnya membebaskan anak guam saya tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.
Ariff berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menyemak semula semua kes tertangguh susulan siasatan polis dan yang dibawa ke mahkamah.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata ia keputusan yang baik kerana mahkamah mengukuhkan hak rakyat terhadap kebebasan bersuara.
Beliau berkata keputusan itu juga menghantar mesej jelas kepada hakim perbicaraan supaya jangan cepat menilai “ucapan kontroversi sebagai menghasut”.
“Pihak berkuasa perlu membuktikan yang perkataan atau kenyataan itu ada kecenderungan menghasut,” katanya yang turut hadir ke mahkamah hari ini.
Safwan, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas ahli Parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar, aktivis Haris Ibrahim, Adam Adli dan Hishmuddin Rais berucap di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 13 Mei 2013 ketika berlaku protes di seluruh negara selepas PRU13.
Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Hishamuddin sementara Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 8 bulan terhadap Haris manakala Tian Chua didenda RM1,800.
Permohonan rayuan Adam akan didengar di Mahkamah Rayuan tahun depan sementara perbicaraan Tamrin masih belum bermula. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top