pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bekas AG, Gani Patail Memulakan 'Kerjaya Baharu' Sebagai Peguam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Lima belas bulan selepas bersara, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memulakan kerjaya baru sebagai pe...
KUALA LUMPUR: Lima belas bulan selepas bersara, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memulakan kerjaya baru sebagai peguam.
Gani, bersama lima yang lain, diterima menjadi peguam oleh Majlis Peguam pada majlis penuh tradisi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O ‘Hara.
Bekas presiden Majlis Peguam Christopher Leong, berkata bekas Peguam Negara selama 13 tahun itu berusaha untuk terus menjadi pengamal undang-undang.
Gani dibuang secara mengejut dari pejabat pada 27 Julai tahun lalu apabila beliau yang merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas pelbagai agensi bagi menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad dan RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib sejak itu dibersihkan daripada sebarang salah laku.
Kerajaan berkata Gani digantikan dengan alasan perubatan tetapi beliau dikekalkan dalam perkhidmatan sehingga umur 60, usia persaraan wajib.
Leong berkata walaupun kejadian 27 Julai itu mengejutkan semua pihak, tidak menghalang atau memperlahankan Gani.
Beliau berkata kejadian itu merupakan tamparan hebat kepada negara, prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti ke arah kebenaran serta keadilan tetapi masih mempunyai hikmah di sebaliknya.
“Beliau membuka halaman baru dan memulakan fasa baru. Beliau memfailkan petisyen dan memulakan pembelajaran di bawah Ragunath Kesavan, bekas presiden ke-28 Majlis Peguam Malaysia,” katanya.
O ‘Hara dalam ucapannya untuk meluluskan 5 petisyen dan berkata Gani membawa bersamanya pengetahuan dan pengalaman berharga.
“Beliau juga muncul beberapa kali di mahkamah tertinggi Malaysia dan tribunal antarabangsa yang lain,” kata hakim itu yang pernah menjadi rakan sekerja Gani di Pejabat Peguam Negara.
Selain itu, hakim berkata mereka perlu bekerja lebih keras dan bijak serta menggunakan teknologi maklumat untuk faedah mereka.
Beliau berkata tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan kerana banyak kes besar menang atau kalah kerana kesilapan.
“Belajar daripada kesilapan anda tetapi lebih baik belajar daripada kesilapan orang lain,” katanya.
Individu lain yang turut ditauliahkan Majlis Peguam adalah Wan Nurul Nabilah Wan Mansor, Chee Weng Kian, Siti Aminah Abdullah dan Yeoh Jie Yin.
Peguam Kanan Persekutuan Rozielawathy Abdul Gani, yang mewakili Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai bantahan kepada pempetisyen diterima masuk ke Majlis Peguam.
Peguam Hendon Mohamed mewakili Majlis Peguam manakala peguam Lim Chee Wee mewakili Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
Ragunath, yang memaikaikan jubah pada Gani sebagai tanda simbolik yang beliau layak dan sesuai mengamalkan undang-undang berkata, bekas pelajarnya itu akan menyertai firma undang-undang anaknya, Gani Patail Chambers.
Firma itu ditubuhkan di Kuala Lumpur pada Ogos dan tinjauan FMT di laman web Majlis Peguam Malaysia mendedahkan senarai peguamnya termasuk Faezul Adzra Patail Abdul Gani Patail.
Mereka yang lain adalah bekas peguam cara negara Datuk Azailiza Mohd Ahad, yang meninggalkan perkhidmatan kerajaan selepas bersara pada April, dan Anati Kasahi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top