pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bola: Skuad Harimau Malaysia Jatuh Lima Anak Tangga Ranking FIFA
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan catatan hambar selepas kembali turun dalam ranking Persekutuan Bola Sepak...
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan catatan hambar selepas kembali turun dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA, www.fifa.com, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada posisi ke-161 dunia pada Disember berbanding 156 pada November.
Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan 171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun), 167 (Julai dan Ogos), 158 (September) dan posisi ke-164 dunia pada Oktober.
Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara Asean dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-120,Thailand (126), Vietnam (134) dan Myanmar (159).
Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Kosovo (165).
Dua pasukan dari benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.
Ranking bulanan FIFA melibatkan 209 negara. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top