pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bung Mokhtar: UMNO, PKR Sabah Tak Jejas Ahli Lompat Ke Warisan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Penyertaan beramai-ramai ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) langsung tidak m...
PETALING JAYA: Penyertaan beramai-ramai ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) langsung tidak memberi kesan kepada UMNO dan PKR di Sabah, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata walaupun Warisan mendapat sambutan luar biasa terutama daripada golongan muda, ia bukan cabaran besar buat parti pemerintah UMNO.
“Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan sudah lama stabil di Sabah,” katanya.
Bung berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Warisan Junz Wong berhubung lebih 3,000 ahli parti komponen BN, PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Warisan Sabtu lalu.
Katanya, setakat ini Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar.
Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata walaupun UMNO masih kuat di Sabah, tidak bermakna ia bersama parti komponen BN yang lain boleh berasa selesa, sebaliknya perlu turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
“Umno dan BN Sabah perlu lakukan sesuatu dan rajin turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
“Kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu melihat masih ramai rakyat luar bandar di Sabah perlukan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) serta pembangunan asas lain,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata ahli keluar dan berpindah ke parti lain merupakan perkara biasa.
“Ahli parti keluar masuk perkara biasa, malah dakwaan menyatakan ramai ahli PKR menyertai Warisan belum sahih.
“Kami akan semak terlebih dulu perkara itu kerana apa yang dilaporkan menerusi media tidak semua tepat.
“Walaupun ramai ahli PKR menyertai Warisan, PKR Sabah masih lagi kuat dan kita mempunyai cabang di seluruh negeri dan kita dalam persediaan menumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top