Ceramah Hina Sultan: Surau Mahu Polis Menyiasat Pendakwah Bebas

BUKIT MERTAJAM: Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya di sini hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Ketua Biro Dakwah dan Penerangan Surau, Jamsari Samad berkata pihaknya mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penceramah itu kerana tindakannya juga dilihat seperti menghasut orang ramai agar membenci institusi berkenaan.
“Kebelakangan ini banyak pihak tertentu yang mula mengkritik sistem kesultanan di negara ini dengan memuat naik dalam laman sosial.
“Perkara itu kalau tidak dibendung boleh mendatangkan suasana tidak baik,” kata Jamsari kepada pemberita. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]