Coklat Terkenal Jenama "Daim & Toblerone" Tiada Sijil Halal JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.
Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]