pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Afif Bahardin "Cadang" Supaya PKR Bergambung Dengan Amanah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang Timbalan Ketua Pemuda parti Dr Afif Ba...
GEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang Timbalan Ketua Pemuda parti Dr Afif Bahardin, hari ini.
Beliau berkata demikian, susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini yang berpunca daripada pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Dr Afif, berkata Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
“Ini satu idea yang perlu dipertimbangkan. Kita mempunyai pemimpin yang kuat daripada kedua-dua parti dan mereka sangat serasi dengan kami.
“Saya mempercayai gabungan itu, jika ia berjaya, situasi akan berbeza dengan PAS.
“Pada dasarnya, Amanah dan PKR, seperti parti pembangkang lain yang mempunyai satu keinginan, iaitu Malaysia tanpa Umno dan BN,” kata Dr Afif hari ini.
Afif berkata jika idea penggabungan itu diterima, ia sesuai dengan semangat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menendang keluar BN.
“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.
Afif mengulas perang mulut antara PKR dan Amanah berhubung pembahagian kerusi.
Bari-baru ini, Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan semasa konvensyen kebangsaan parti itu meminta kerusi Parlimen Batu diserahkan kepada kerusi Amanah.
Ia kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua.
Sany berkatanya, PKR mungkin mempunyai kesukaran mengekalkan kerusi Batu tanpa bantuan PAS, justeru jalan terbaik adalah Amanah mengambil alih.
Pada konvensyen itu, perwakilan Amanah juga menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberhentikan semua ahli PAS dalam Kabinet beliau.
Perwakilan mendakwa PAS menyebabkan “masalah” di peringkat akar umbi di Selangor, dengan Amanah cuba menembusinya.
Mengulas mengenai perkara dibangkitkan Amanah, Afif berkata Azmin memegang peranan pendamai antara Pakatan Harapan dan PAS, sejak berpisah daripada pembangkang.
Afif berkata Amanah tidak sepatutnya menggesa dengan cepat PAS berunduk kerana rakyat mengundi pakatan pembangkang termasuk parti Islam itu.
“Azmin memegang jawatan sebagai pendamai antara 2 parti itu. Dengan memastikan keamanan, beliau memastikan kerajaan Selangor berjalan lancar.
“Kerajaan boleh runtuh tanpa beliau,” kata Afif.
Dr Afif berkata keadaan tidak berbeza di Pulau Pinang, walaupun dalam skala lebih kecil.
Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang tiada masalah dengan ahli PAS dalam kerajaan selagi mereka menyokong dasar Pakatan Harapan.
“Dalam kes Mohd Salleh Man di Permatang Pasir, wakil tunggal PAS, kami okay dengannya kerana beliau menyokong dasar dan usul kerajaan di Dewan Undangan Negeri,” kata Afif.
Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, terdapat 13 ahli PAS dalam gabungan Pakatan Harapan, manakala 2 bekas ahli PAS beralih kepada Amanah.
Ahli gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, memegang majoriti mudah 29 kerusi di sana.
Di Pulau Pinang, hanya satu kerusi daripada 40 dipegang PAS dan dianggap mesra-Pakatan Harapan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top