pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahathir: Tindakan Pembangkang "Menggulingkan Kerajaan" Bukan Satu Jenayah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Tindakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan bukan satu jenayah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, su...
SHAH ALAM: Tindakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan bukan satu jenayah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan gesaan pemimpin Umno agar tindakan diambil terhadap mereka yang ingin menurunkan kepimpinan “dipilih secara demokrasi”.
“Kami pembangkang, sudah tentu kita mahu mengalahkan kerajaan, terutama yang adalah seperti Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak),” kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
“PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mahu menjatuhkan Najib, begitu juga Amanah, PKR dan DAP.
“Jika anda mengatakan ia satu jenayah, tunjukkan kepada saya negara yang mempunyai pembangkang yang berjuang untuk menjaga parti pemerintah agar terus berkuasa,”kata Dr Mahathir, yang kini merupakan pengerusi PPBM.
Beliau juga mengakui persepsi masa lalu DAP adalah salah. Beliau berkata, bekas perdana menteri Tun Abdul Razak pernah menjemput DAP menyertai Barisan Nasional (BN) tetapi mereka enggan kerana lebih suka berada pada pihak pembangkang.
“Saya mengatakan ia baik menjadi pembangkang, tetapi lebih baik menjadi kerajaan. Dan DAP tidak boleh melakukan ini bersendirian.
“Mereka perlukan pakatan dan itulah sebabnya kita mempunyai pakatan pembangkang, yang akan melihat kemasukan PPBM tidak lama lagi,” kata pemimpin berusia 91 tahun itu.
Dr Mahathir, yang pernah menjadi presiden Umno selama lebih 2 dekad, juga mengkritik perhimpunan agung parti itu baru-baru ini dan sikap berdiam diri ahlinya mengenai isu-isu kontroversi yang menjejaskan negara.
Ini termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), “derma” RM 2.6 bilion dan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan 1MDB, kata Dr Mahathir.
“Telinga, mata dan mulut mereka semua tertutup. Mereka tidak dibenarkan bercakap tentang perkara ini. (Oleh itu) Apa jenis mesyuarat ini?” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top