pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Salleh Said Keruak Tolak Pelan Wan Azizah Jadi "PM Sementara" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri sementara s...
KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara tidak menyelesaikan persoalan siapa akan memimpin negara jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata menteri komunikasi dan multimedia.
Sebaliknya, ia membangkitkan lebih banyak persoalan seperti yang disuarakan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.
Ia susulan pendedahan Lim Kit Siang dalam sebuah majlis makan malam di Pulau Pinang, kelmarin yang presiden PKR itu akan menjadi pemangku Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan menjadi perdana menteri baharu.
Salleh mencadangkan senario selepas pembangkang memenangi PRU14, Pakatan Harapan (PH) akan berjuang untuk membebaskan Anwar melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan seorang ahli Parlimen PKR akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di pilihan raya kecil itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
“Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar? Adakah PM dan TPM sementara akan terus memegang jawatan selama tempoh tidak pasti, jika Anwar gagal mendapat pengampunan dan dibebaskan? Adakah Kit Siang mempunyai pelan sokongan untuk kemungkinan itu?
“Kenyataan Lim Kit Siang menjadikannya berbunyi seolah-olah isu siapa akan menjadi PM dan TPM jika Pakatan menang pilihan raya sudah selesai, sedangkan hakikatnya tidak,” katanya sambil menambah Anwar juga perlu memohon pengampunan dan itu menunjukkan beliau mengakui kesalahannya terhadap jenayah liwat seperti diputuskan mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
Bendahari Umno itu juga meragui kata sepakat dicapai antara semua parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama sekutu baharu mereka, PPBM.
Tambahan, beliau turut mempersoalkan sama ada Dr Wan Azizah dan Muhyiddin masih menjadi pilihan DAP jika parti itu memenangi kerusi Parlimen terbanyak pada PRU14 dengan sebahagiannya dimenangi calon Melayu mereka.
Beliau juga ingin tahu siapa yang akan menjadi pilihan Anwar sebagai timbalannya, jika bekas ketua pembangkang itu dibebaskan dari penjara dan menjadi perdana menteri.
Salleh turut memberi contoh bagaimana parti pembangkang sering membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.
“Selasa lalu, (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli berkata jika Pakatan memenangi pilihan raya akan datang, Anwar akan menjadi perdana menteri baharu.
“Sebelum itu, dalam satu ceramah di United Kingdom, (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri, kemudian menarik balik dengan berkata masih terlalu awal membuat keputusan itu.” #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top