pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fitnah: Tan Sri Musa Hassan Buat Laporan Polis Terhadap Raja Petra
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis hari ini terhadap blogger dalam pelarian, Raja Petra Kamaruddin meskipun tempo...
PETALING JAYA: Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis hari ini terhadap blogger dalam pelarian, Raja Petra Kamaruddin meskipun tempoh 14 hari yang diberikan untuknya meminta maaf, belum tamat.
Ia susulan penerbitan satu lagi artikel “fitnah” bertajuk “Musa Hassan, the evidence is stacked against you” tulisan Raja Petra yang disiarkan di blognya, Malaysia Today semalam.
Dalam artikel itu, Raja Petra mencabar Musa yang juga bekas ketua polis negara untuk membuktikan beliau tidak bersalah, malah menulis tidak akan teragak-agak untuk meminta maaf jika Musa ada bukti mencukupi.
Musa sebelum ini dalam kenyataannya berkata jika Raja Petra gagal memohon maaf dan menarik balik artikel berunsur fitnah yang disiarkan di blognya dalam tempoh 14 hari, beliau akan membuat laporan polis dan disusuli dengan tuntutan saman.
“Dia (Raja Petra) tidak mahu meminta maaf sebab itu dia menulis lagi. Ini membuktikan dia memfitnah saya dan cuba mencemar kredibiliti saya.
“Tak guna untuk saya menunggu 14 hari itu lagi,” katanya.
Musa membuat laporan polis terhadap 4 artikel berbahasa Inggeris berjudul “Gani Patail and Musa Hassan going to be crucified tomorrow”, “How Mukhriz is going to be the PM”, “Former IGP Musa Hassan should be investigated for links with the underworld” dan “Musa Hassan, the evidence is stacked against you”.
Semua artikel itu disiarkan pada 12, 15 dan 21 Disember.
“Saya mahu polis menyiasat kes ini di bawah undang-undang fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat peguam sama ada perlu mengambil tindakan sivil selepas ini atau tidak,” katanya.
Perkelahian itu bermula dengan satu artikel bertajuk “How Mukhriz is going to become PM” di mana Raja Petra mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi Musa dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail “mengenakan” Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes Liwat 2.
Raja Petra juga menyifatkan Musa dan Gani sebagai “anjing suruhan” Dr Mahathir.
Anwar pada masa ini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top