pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hot...
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hotel miliknya Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya terhadap isu gangguan air.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diarahkan merobohkan premis perniagaannya atas arahan Azmin yang juga menteri besar Selangor.
“Pagi tampal notis, petang ini roboh. Ini tindakan balas dendam Kerajaan Negeri Selangor terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air,” katanya.

Berdasarkan notis yang diterima, MDSB menghantar notis perintah menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa hari ini dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat pada 4 Januari depan.
Tetapi, MDSB sudah pun menjalankan kerja merobohkan premis itu pada hari ini.
Arahan itu menyebut Jamal sebagai pemilik premis menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.
Mengulas mengenai notis itu, Jamal berkata pihaknya memohon permit sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai dokumen lengkap disediakan.

“Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis,” katanya.
Semalam, Jamal datang ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, December 22, 2016 6:36:00 PM

Saya merasakan tidak patut dirobohkan serta merta..perlulah diberi masa untuk penjelasan kerana semestinya ada pekerja dan staff hotel yg mungkin akan teraniaya..mereka mesti ada tanggungan dan bill yg perlu dibayar..sekurg2nya mereka boleh bersedia untuk mencari pekerjaan baru..dengan keadaan yg berlaku sekarg..adakah jamal jamban ni akan tetap byr gaji mereka?




 
Top