IDEAS: Hentam DAP Bagus Untuk UMNO, Tapi Buruk Untuk Negara

PETALING JAYA: Badan pemikir mendakwa walaupun menghentam DAP boleh membantu UMNO dalam pilihan raya umum akan datang, boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman, ia juga boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Demokrasi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata demikian mengulas retorik menghentam DAP dalam perhimpunan agung Umno yang selesai baru-baru ini.
Katanya dari segi untuk memenangi pilihan raya, Umno mengambil langkah yang tepat dengan menghentam DAP.
“Kalau kita fikirkan mengenai pilihan raya akan datang, menghentam DAP akan pastikan ahli Umno mempunyai musuh bersama dan akan mendorong orang Melayu menyokong parti berteraskan Melayu,” katanya.
Tetapi, beliau memberi amaran ia juga boleh “merosakkan” negara.
“Pada asasnya mereka mahu menyatukan orang Melayu dengan andaian orang Cina mahu ambil alih. Langkah yang bijak untuk pilihan raya umum akan datang tetapi mereka akan menang dalam keadaan negara berpecah belah.”
Beliau mendakwa DAP sekadar kod yang merujuk kepada orang Cina. “Itu bukan mengenai DAP.”
Ditanya mengenai kelemahan dalam perhimpunan tahun ini, Saiful berkata banyak isu “didiamkan begitu sahaja”.
“Isu mengenai kesetiaan membabi buta; isu urustadbir syarikat milik kerajaan terutamanya 1MDB; dan isu tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melibatkan pelbagai tuduhan rasuah.
“Isu sebegitu disentuh secara ringan oleh beberapa orang tetapi tidak diatasi” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]