pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Khalwat: Malaysia Lebih Keras Daripada Arab Saudi, Dakwa NGO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Cara jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat hari ini keterlaluan berbandin...
PETALING JAYA: Cara jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat hari ini keterlaluan berbanding Arab Saudi atau negara teluk lain, amaran sebuah NGO terkemuka.
Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim menegaskan, malah Arab Saudi, negara yang merupakan tanah suci bagi umat Islam, mengeluarkan garis panduan tegas terhadap had kuasa polis moral daripada mengganggu dan menangkap orang Islam.
“Arahannya adalah polis moral tidak boleh bertindak sesuka hati dan sebaliknya, perlu menasihati mereka yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang moral untuk berubah dan bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Komen beliau adalah susulan kematian dan kecederaan dua anggota polis baru-baru ini yang terjun bangunan untuk melarikan diri daripada serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Hanya dua bulan lalu, JAIS memperkenalkan aplikasi telefon bimbit, yang dipanggil “Hotline JAIS”, bagi memudahkan orang ramai melaporkan sebarang kesalahan agama, termasuk khalwat.
Sheriff berkata orang Melayu yang melawat atau tinggal di mana-mana negara Arab tidak pernah berhadapan serbuan pihak yang digelar “polis moral” ke atas kediaman persendirian.
Beliau juga menegaskan sesetengah ulama menganggap serbuan khalwat tidak Islamik kerana memberi gambaran agama digunakan hanya untuk menghukum bagi menegakkan moral.
Serbuan khalwat juga cenderung mensasarkan golongan berpendapatan rendah kerana mereka yang “kaya dan berkuasa” mempunyai lebih banyak sumber untuk “melepaskan diri daripada dosa besar”.
Sheriff berkata undang-undang khalwat dengan mudah boleh dieksploitasi musuh seseorang untuk “membalas dendam”.
“Pihak berkuasa kita perlu belajar daripada pengalaman kegagalan rejim diktator yang menjenayahkan pemikiran dan tingkah laku peribadi untuk menggalakkan individualisme dan menggalakkan ketaatan massa kepada ideologi negeri,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top