pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jalan Terakhir Gagal, Musnah Sudah Harapan Anwar Untuk Bebas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaan terakhirnya menggunakan mahkamah untuk me...
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaan terakhirnya menggunakan mahkamah untuk membebaskan diri daripada sabitan kes liwat selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kesnya hari ini.
Pilihan yang tinggal untuknya ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin sehingga rayuannya selesai di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, keputusan bersalah dikekalkan mahkamah tertinggi itu pada Februari tahun lalu dengan hukuman penjara 5 tahun dikekalkan. Sejak itu, Anwar menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.
Berikut ialah kronologi berkaitan kes liwat Anwar, yang dikenali sebagai Liwat II:
28 Jun, 2008: Saiful, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.
30 Jun: Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Saiful yang didakwanya membuat laporan polis palsu.
16 Julai: Anwar ditahan di luar rumahnya di Bukit Segambut untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
7 Ogos: Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
5 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen.
Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memfailkan pelbagai permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya, mendapatkan bukti utama perbicaraan, dan mencabar perintah pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.
3 Februari, 2010: Perbicaraan bermula selepas hampir 2 tahun Anwar didakwa.
16 Mei, 2011: Anwar diperintahkan membela diri.
22 Ogos: Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh membacakan kenyataannya setebal 32 muka surat, menafikan beliau mengadakan hubungan seks dengan Saiful, mendakwa ia konspirasi Datuk Seri Najib Razak untuk mengakhiri karier politiknya.
9 Januari, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak boleh 100% yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
2 Julai, 2013: Peguam negara melantik peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar.
18 September: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan Shafee.
7 Mac, 2014: Panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Balia Yusof Wahi mendapati Anwar bersalah kerana meliwat, menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
24 April: Anwar mengemukakan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.
28 Oktober: Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mula mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa.
10 Februari, 2015: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Anwar dan beliau mula menjalani hukuman penjara.
30 April: Anwar memohon semakan terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top